Kita Dah Terlebih Toleransi #MindaJM


Antara KEBODOHAN, KEALPAAN, KECUAIAN dan OTAK SINGKAT kerajaan terdahulu yang memerintah dari tahun 1955 sehingga 2018 adalah dengan memberi terlalu banyak muka atas alasan toleransi sehingga akhirnya mengakibatkan Perlembagaan Persekutuan langsung tidak dihormati.

Di Thailand, kau anak Cina ke, anak Punjabi ke, anak India ke, atau anak Kerala sekalipun, wajib menulis dalam tulisan dan Bahasa Thai dan tulisan Thai pula hanya sekadar difahami, dibaca dan digunakan dalam Negara Thailand semata-mata. Begitu juga di Myanmar, Cambodia dan Laos.

Manakala di Filipina, kau anak Cina ke, anak Punjabi ke, anak India ke atau anak Kerala sekaipun, bahasa yang kau pertuturkan adalah Bahasa Tagalog, tidak ada bahasa lain. Begitu juga di Vietnam. Cina yang merupakan kelompok besar di Vietnam, perlu berbahasa Vietnam, bahkan hidup juga perlu seperti orang Vietnam. Tidak ada bunyi cakap macam orang Cina langsung seperti di Malaysia.

Di Indonesia, bukan sekadar bahasa, nama juga perlu dijawakan.

Di Malaysia atas dasar kononnya aman damai dan hidup harmoni, akhirnya Malaysia terlepas Singapura. Akhirnya Malaysia bakal terlepas Pulau Pinang. Akhirnya Malaysia dijajah oleh kuasa imigran yang enggan sama sekali berkaloborasi bahkan beranggapan, negara ini dan orang Melayu serta Bumiputera terhutang budi dan jasa dengan mereka, sekalipun datang dan perpindahan mereka ke negara ini, tidak pernah dijemput.

Toleransi keterlaluan yang ditunjukkan termasuklah, 'mempersaudarakan' dan menjadikan mereka sebagai 'tetamu' akhirnya makan diri sendiri. Malaysia tidak lebih maju berbanding Indonesia mahupun Thailand. Malahan di tangan mereka, Malaysia semakin mundur dan kemerdekaan yang dicapai secara rasmi pada 31 Ogos 1957, kini memasuki fasa penjajahan seterusnya.

Apakah perlu wujud seperti yang berlaku di Fiji apabila Sitiveni Rabuka yang sakit hati melihat kaum imigran India menjadi tuan besar di negaranya, bertindak merampas kuasa dan menghalau kaum imigran tersebut pada tahun 1987?

Tidak mungkin... di Malaysia, tidak mungkin boleh berlaku kerana dari tahun 1874 sehingga 1957, tidak pernah ada penentangan besar-besaran terhadap kaum penjajah. Malahan datanglah penjajah apa pun ke negara ini, semuanya akan disambut sebagai tuan besar, termasuklah imigran yang dibawa oleh penjajah.

Jadi?... tepuk dada tanyalah selera!

- ROSLI MOHD SAH


Ulasan