Simpati dengan Pengorbanan Polis Trafik!
Sebiji Kurma, Air Mineral Bekalan Berbuka Polis Trafik
KUALA LUMPUR: Dengan berbekalkan sebiji kurma, sebotol air mineral serta sepotong roti untuk berbuka puasa, anggota polis trafik masih gigih mengawal lalu lintas di sekitar ibu kota pada bulan Ramadan.
Mereka bertugas seawal 4 petang dan di bulan puasa ini, kawalan ditingkat di kawasan bazar Ramadan besar seperti di Kampung Baru, Keramat dan Jalan Kuching.
Koperal Yunkifli Mohamad, 49, berkata walaupun juadah berbuka tidak semewah di rumah, tugas tetap dijalankan demi memastikan lalu lintas di sekitar KualaLumpur lancar.
"Pada hari Sabtu dan Ahad, kesesakan berlaku di kawasan membeli-belah seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Bukit Bintang," kata anggota polis trafikitu yang menyertai pasukan polis sejak 25 tahun lepas, kepada Bernama.
Yunkifli berkata kerja menjadi lebih mencabar apabila hujan kerana tugasnya termasuk membantu menolak kereta rosak akibat banjir.
"Cabaran lain ialah dimarahi pengguna jalan raya apabila mereka tidak berpuas hati apabila saya mengutamakan laluan dari kawasan tertentu," katanya.
Konstabel Afzanizan Affendy, 20, yang pertama kali bertugas pada bulan Ramadan, mengakui pada mulanya memang sukar untuk berbuka ketika menjalankantugas namun beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan.
Ketua Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner (ACP) Rusli Mohd Noor berkata 80 petugas trafik mengawal lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur pada satu-satu masa bagi mengelak kesesakan.
"Pada bulan puasa, kawalan di kawasan tidak berapa sesak dikurangkan bagi memberi tumpuan kepada kawasan seperti Kampung Baru, Keramat dan Jalan Kuchingyang menjadi lokasi bazar Ramadan.
Sementara itu, pemandu teksi Mohd Fadzli Mat, 29, berkata walaupun ada polis trafik yang bertugas, kesesakan berlaku terutama di pusat bandar berikutan orangramai balik kerja serentak.
Beliau bagaimanapun bersimpati dengan polis trafik kerana terpaksa berbuka puasa di jalan raya, "namun mereka tetap mampu senyum".
Seorang lagi pengguna jalan raya, Nur Shahirah Ahmad, 26, berkata kawalan trafik membolehkan beliau tiba di rumah lebih cepat untuk berbuka. - BERNAMA
Terharu Maya mendengar cerita pihak berkuasa kita (yang majoritinya Melayu/Islam) berkorban untuk keselesaan rakyat. Masih mereka mahu persoalkan tentang 'ketuanan'? Siapa sebenarnya yang berlagak seperti 'tuan' sekarang?
salam perjuangan kepada sdri la kot pasal pakai nama maya, pastu gambar plak awek... jangan menyamar dah ler... naya...
BalasPadamsaya telah pautkan blog sdri...